Jika datang ke Alor Gajah melalui Lebuh Raya PLUS di susur keluar Simpang Ampat terdapat sebuah kedai makan yang menawarkan pelbagai juadah masakan dan yang pastinya juadah utama ialah salai. Tidak jauh dari bulatan Simpang Ampat kedai ini sudah kelihatan dengan papan tanda kuning.
Ia hanya kelihatan seperti kedai makan biasa, namun sebenarnya kedai ini dan terletak di tepi jalan Kampung Taboh Naning di sini, mempunyai pelbagai menu salai istimewa serta menjadi sebutan ramai. Kedai makan yang dinamakan Sultan Salai itu, menyediakan lebih 30 menu masakan berasaskan salai dan lauk kampung untuk dinikmati oleh para pelanggan. Antara menu paling mencuri perhatian para pelanggan adalah masak lemak cili api daging salai, masak lemak cili api itik salai, masak lemak cili api ayam kampung salai, masak lemak cili api keli salai, masak lemak cili api talapia salai, masak lemak cili api siput sedut, masak lemak cili api telur itik dan Ulam – ulaman
Galeri
Info Pantas
Alamat
Sultan Salai Batu 20 Kampung Taboh Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Paparan Terbaik : Menggunakan Versi Terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome ke atas Dengan Resolusi 1366 x 768 atau peranti responsif. Penafian : Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Dalam Laman Ini.