MRSM Alor Gajah

Majlis Perbandaran Alor Gajah
Majlis Perbandaran Alor Gajah

MRSM Alor Gajah telah mula beroperasi pada 02 Januari 2007 di satu kawasan seluas 52 hektar di atas Lot 1720 Mukim Ayer Paabas Daerah Alor Gajah, Melaka. Idea untuk menubuhkan MRSM Alor Gajah telah di ilhamkan oleh pengerusi MARA pada ketika itu iaitu Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop pada tahun 2003.

Pembangunan infrakstrukturnya mengandungi bangunan Pentadbiran, bangunan Akademik, bangunan Asrama Putera dan Puteri, Dewan Selera, Dewan Besar, Pusat Sumber ilmu, Bangunan Makmal Sains, Surau, Rumah Pengetua, Rumah Timbalan Pengetua, Apartmen Guru dan kakitangan serta Gelanggang Permainan.

Pengambilan pelajar pertama ialah pada 19 Mac 2007 yang terdiri daripada 366 orang pelajar tingkatan empat (186 pelajar putera, 180 pelajar puteri). Manakala bilangan guru kumpulan pertama pula ialah seramai 35 orang dan Bilangan kakitangan seramai 24 orang.

Galeri

Info Pantas

Alamat

MRSM Alor Gajah,
Jalan Ayer Pa'Abas,
78000 Alor Gajah, ,
Melaka, MALAYSIA.

Skip to content