Kota Bukit Supai Kuala Linggi (Dutch Fort)

Majlis Perbandaran Alor Gajah

Kedudukan kota ini terletak di kawasan tebing tinggi di sebelah kanan muara Sungai Linggi dan ianya berhampiran pantai Selat Melaka. Disebut sebagai Kota Kuala Linggi kerana kedudukannya yang terletak di muara Sungai Linggi. Ianya juga dikenali sebagai Kota Bukit Supai kerana setelah kota ini siap dibina, pihak Belanda telah menempatkan sepasukan tentera upahan yang dipanggil sipoi (Supai). Selain itu kota ini turut disebut sebagai Kota Meriam Patah kerana di lokasi ini turut telah ditemukan beberapa meriam yang telah patah setelah kota ini tidak lagi digunakan. Kota ini juga turut dikenali sebagai Kota Filipina sempena mengambil nama anak perempuan Gabenor Belanda.

Seperti yang sedia maklum kota ini turut ditempatkan sepasukan askar untuk meninjau sebarang pergerakan di laut Selat Melaka dan sebagai kubu pertahanan serangan musuh – musuh Belanda. Disamping itu , kota ini juga berperanan memungut cukai hasil bijih timah yang dibawa keluar dari pedalaman Rembau dan Linggi. Selepas Belanda tidak lagi memerintah Melaka kota ini telah ditinggalkan dan bangunan – bangunannya terbiar runtuh.  

– Sumber Jabatan Muzium Malaysia

 

Galeri

Info Pantas

Alamat

Fort Supai
Jalan Kampung Teluk Perun, Kampung Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),
Lebuh AMJ,
78000 Alor Gajah,
Melaka, Malaysia.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 06-333 3333 | 06-556 1010 | 06-556 2575
FAKS : 06-556 4909
E-MEL : mpag@mpag.gov.my

Paparan Terbaik :  Menggunakan Versi Terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox  / Google Chrome ke atas Dengan Resolusi 1366 x 768 atau peranti responsif.
Penafian : Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Dalam Laman Ini.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Senarai Taman Dan Rumah Awam Di Dalam Daerah Alor Gajah MELAKAPAY

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Kemaskini Terakhir : 11 September 2024 @ 11:36 am | Jumlah Pelawat : 1185300

Skip to content