Ecotourism Paya Lebar

Majlis Perbandaran Alor Gajah

Eko – Pelancongan di Paya Lebar menjanjikan pengalaman luar biasa buat pengunjung yang gemar dengan alam semulajadi kerana akan pengunjung akan merasai sendiri keterujaan dengan menyusuri sungai dengan river cruise. Pengunjung dapat menyusuri sungai sambil menikmati panorama hutan paya bakau serta haiwan liar yang pelbagai jenis antaranya burung, monyet, buaya dan banyak lagi. Tarikan utama yang terdapat di sepanjang perjalanan 5KM dan mengambil masa selama 2 hingga 3 jam ini adalah Sabak Arang, Jeti Tebing Urut, Taman Lokan, Firefly Sanctuary dan tinggalan kota lama Kota Belanda, Kota Sempang.

Sabak Arang merupakan tempat pembuatan arang secara tradisional dan diusahakan oleh En. Daud dan dipercayai Sabak Arang telah berusia lebih dari 100 tahun dan masih mengekalkan tradisi membuat kayu arang kerana permintaan yang masih tinggi. Pak Daut menggunakan dua buah relau tradisional yang dipanggil gok yang berbentuk iglu ala-ala eskimo  untuk membakar kayu arang. Gok tersebut diperbuat daripada tanah liat dan usia gok tersebut telahpun menjangkau seratus tahun dan masih boleh digunakan lagi sehingga kini.

Taman lokan yang diusahakan oleh Pak Zainal menempatkan beratus – ratus lokan yang dikutip di sekitar hutan bakau Sungai Linggi untuk tarikan pelancongan terutamanya peserta river cruise. Taman ini juga dijadikan tapak untuk perkhemahan atau tapak pelbagai aktiviti motivasi kerana ianya cukup luas dan selesa. Disini, anda dapat berehat di kerusi  dan meja taman buatan sendiri dengan binaan batu dan kulit lokan yang unik dan menarik. Terdapat juga kerusi urut dan bermacam – macam lagi peralatan taman menarik teah dibina sendiri oelh Pak Zainal. Selain dapat beristirahat disini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti santai seperti menuai lokan, berkelah, berkhemah, memancing dan membakar lokan bersama keluarga dan rakan – rakan.

Kota Sempang agak sukar dilawati dengan menggunakan jalan darat dan memerlukan seorang pemandu pelancong daripada penduduk tempatan yang mahir. Kota ini boleh dilawati dengan menggunakan perahu atau river cruise yang yang menyelusuri Sungai Linggi. Kesan – kesan peninggalan sejarah seperti perigi, tembok dan tiang banggunan masih ada dan utuh di kawasan Kota Sempang ini dan dijadikan untuk bahan kajian sejarah sertamenjadikan kawasan ini kawasan tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Galeri

Info Pantas

Alamat

Kampung Paya Lebar 78300 Malacca City, Malacca

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),
Lebuh AMJ,
78000 Alor Gajah,
Melaka, Malaysia.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 06-333 3333 | 06-556 1010 | 06-556 2575
FAKS : 06-556 4909
E-MEL : mpag@mpag.gov.my

Paparan Terbaik :  Menggunakan Versi Terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox  / Google Chrome ke atas Dengan Resolusi 1366 x 768 atau peranti responsif.
Penafian : Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Dalam Laman Ini.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Senarai Taman Dan Rumah Awam Di Dalam Daerah Alor Gajah MELAKAPAY

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Kemaskini Terakhir : 15 November 2024 @ 2:15 pm | Jumlah Pelawat : 1186401

Skip to content