Freeport A’Famosa Outlet adalah kerjasama dengan Freeport Retail yang berpusat di London – pengurus dan pelabur global dalam industri outlet dan dibuka pada 28 Januari 2016 oleh Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan disaksikan oleh Datuk Seri Ir . Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka. Reka bentuk warisan Belanda dikonseptualisasikan dengan pemerintah Negeri Melaka dan dirancang oleh arkitek terkemuka Australia. Dibangun sebagai pusat membeli belah terbuka, pemandangan yang menghijau meliputi lima ciri air, tasik, empat taman dan rumput, kincir angin dan karusel.
Freeport A’Famosa Outlet berjarak hanya 10 minit dari persimpangan Simpang Ampat, Alor Gajah, 30 minit dari Bandar Melaka dan mudah diakses melalui mod pengangkutan yang boleh dipercayai, mudah dan sangat berpatutan, seperti bas, sistem kereta api, teksi dan kereta. Pelbagai jenama dari dalam dan luar negara yang terkenal menawarkan jenis barangan, pakaian, mainan dan peralatan sukan untuk para pengunjung yang datang ke Alor Gajah untuk singgah membeli belah di Freeport A’ Famosa Outlet.
Freeport A' Famosa Outlet (FAO)
Jalan Kemus, Simpang Ampat,
78000 Alor Gajah, Melaka.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),
Lebuh AMJ,
78000 Alor Gajah,
Melaka, Malaysia.
GPS : 2.3820644,102.209822
TALIAN AM : 06-333 3333 | 06-556 1010 | 06-556 2575
FAKS : 06-556 4909
E-MEL : mpag@mpag.gov.my
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Kemaskini Terakhir : 15 November 2024 @ 2:15 pm | Jumlah Pelawat : 1186402