Latar Belakang Sejarah:
Megalith bererti batu besar yang dipotong mengikut kesesuaian dan kebudayaan masing – masing menjadi kepingan dari batu granit. Budaya Megalith terdapat di banyak Negara dengan peranan dan pendekatan yang berbeza. Sebahagian masyarakat tempatan mengatakan batu megalith dikenali juga sebagaii batu hidup berikutan ianya dipercayai membesar dari masa ke semasa dan juga quartz dari kepingan batu granit bercahaya apabila disuluh pada waktu malam.
Di England ianya dikenali sebagai ‘megalith stone hand’ yang terdapat di suatu kawasan luas berfungsi untuk mengkaji perjalanan bintang dan matahari. Manakala di Indonesia megalith ini digunakan di tanah perkuburan yang terdiri dari kepingan batu berdiri dan diukir berbentuk binatang dan lain – lain. Ianya diberikan pentarikhan dari era prasejarah hingga ke awal kurun 1900-an.
Terdapat lebih dari 100 unit megalith yang terdapat di Melaka dan lebih tertumpu di daerah Alor Gajah iaitu Naning, Cherana Putih, Simpang Ampat, Tanjung Rimau, Gadek, Kemuning dan Pulau Sebang hingga ke sempadan Negeri Sembilan. Megalith di Melaka dan Negeri Sembilan dipercayai wujud sekitar kurun ke-6 atau sezaman dengan peradaban Hindhu – Buddha di Lembah Bujang, Kedah. Batu ini biasanya ditanam di kawasan perkuburan dan secara berpasang – pasangann. Ketinggian batu megalith biasanya antara 6 inci hinggi ke 15 kaki tinggi.
– Sumber dari PERZIM
Batu Megalith Datuk Tua
Kampung Cherana Putih,
78000 Alor Gajah,
Melaka.
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),
Lebuh AMJ,
78000 Alor Gajah,
Melaka, Malaysia.
GPS : 2.3820644,102.209822
TALIAN AM : 06-333 3333 | 06-556 1010 | 06-556 2575
FAKS : 06-556 4909
E-MEL : mpag@mpag.gov.my
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Kemaskini Terakhir : 15 November 2024 @ 2:15 pm | Jumlah Pelawat : 1186410