Muzium Warisan & Sejarah Naning

Majlis Perbandaran Alor Gajah

Latar Belakang Sejarah:

Bangunan PWD 2100 & 2101 ini telah dibina pada tahun 1951 di Bukit Naning (Bukit Pereling), Kampung Simpat Ampat, Alor Gajah Melaka. Bangunan ini dijadikan Kediaman dan Balai Rasmi Penghulu Naning. Kediaman dan Balai Rasmi ini mula digunakan pada tahun 1953 oleh Penghulu Haji Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Penghulu Naning ke-18 sebagai Pusat Pentadbiran Adat Perpatih Naning sehingga beliau meninggal dunia pada 13 Jun 2004.

Pada 2 Mac 2015 Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) telah mengeluarkan notis pengosongan bangunan ini kepada pemilik terdahulu dan seterusnya diserahkan secara rasmi kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada 9 April 2015 untuk kerja-kerja konservasi. Kerja-kerja konservasi bangunan ini telah dimulakan pada 14 April 2015 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun 2015 dengan menggunakan peruntukan Tabung Amanah Pemuliharaan dan Pemugaran Negeri Melaka. Bangunan ini dicadangkan sebagai Muzium Warisan dan Sejarah Naning bagi menempatkan bahan-bahan pameran dan pusat penerangan bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka. Dengan penubuhan muzium ini, ia secara tidak langsung dapat mengetengahkan produk pelancongan luar bandar untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Objektif

Penubuhan Muzium Warisan dan Sejarah Naning bermatlamat seperti berikut:

  1. Mempamerkan sejarah dan warisan Naning untuk tatapan masyarakat umum;
  2. Sebagai pusat penyebaran maklumat, pameran dan rujukan berkaitan warisan dan sejarah Naning; dan
  3. Sebagai produk pelancongan berteraskan pendidikan yang boleh dimanfaatkan dan memberi hasil kepada masyarakat tempatan.

 

Galeri

Info Pantas

Alamat

Muzium Warisan & Sejarah Naning
Jalan Datuk Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),
Lebuh AMJ,
78000 Alor Gajah,
Melaka, Malaysia.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 06-333 3333 | 06-556 1010 | 06-556 2575
FAKS : 06-556 4909
E-MEL : mpag@mpag.gov.my

Paparan Terbaik :  Menggunakan Versi Terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox  / Google Chrome ke atas Dengan Resolusi 1366 x 768 atau peranti responsif.
Penafian : Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Dalam Laman Ini.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Senarai Taman Dan Rumah Awam Di Dalam Daerah Alor Gajah MELAKAPAY

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Kemaskini Terakhir : 15 November 2024 @ 2:15 pm | Jumlah Pelawat : 1186410

Skip to content