Senarai Soalan Lazim

Cukai Taksiran

Cukai taksiran merupakan cukai ke atas perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dan dinikmati secara langsung dan tidak langsung oleh pemilik-pemilik pegangan di dalam kawasan MPAG.

Pengenaan cukai taksiran ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis/PBT mengenakan cukai taksiran atau cukai am ke atas pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

Ya, cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong. Walau bagaimanapun, permohonan remisi ke atas tempoh kekosongan boleh dilakukan dengan mengemukakan bukti sokongan bil elektrik/air atau diberi pertimbangan pengurangan cukai bagi tempoh kekosongan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 1.62 Akta 171.

Peratus kadar (%) ditentukan berdasarkan lokasi pegangan dan pulangan ke atas perkhidmatan yang diberikan.

Nilai tambah ditentukan mengikut tarikh penyediaan senarai nilaian yang digunapakai. Ia ditafsirkan mengikut Seksyen 2, Akta 171, 1976. Dalam erti lain, nilai tambah adalah harga yng seseorang pemunya sanggup dan tidak berwajipan untuk menjual, boleh mengharap secara berpatutan mendapat daripada seorang pembeli yang sanggup membeli dengannya pemunya itu sedang berunding, tentang penjualan dan pembelian pegangan itu.

Boleh, pemilik boleh mengemukakan bantahan secara bertulis tidak lewat dari 10 hari sebelum tarikh pindaan senarai nilaian pegangan tersebut.

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai akan dimaklumkan kepada pemilik secara surat bertulis.

Bayaran cukai perlu dijelaskan:

  • Setengah tahun pertama (1 hb Januari hinga 31hb Mac)
  • Setengan tahun kedua (1 hb Julai hingga 30hb September. Tarikh akhir bayaran pada 30hb September setiap tahun)

Bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan 2 kali setahun iaitu pada 1 Januari dan 1 Julai.

Sekiranya premis/bangunan seseorang itu tidak didiami, pemilik pegangan boleh membuat rayuan remisi ke atas tempoh kekosongan dengan mengemukakan bukti kekosongan yang terdiri daripada bil elektrik/air atau pengesahan daripada TNB/ SAMB. Pertimbangan akan dibuat bagi tempoh kekosongan tersebut.

Lesen

  • Borang A : Borang Permohonan Lesen Kilang / Perniagaan / Sektor / Kantin & Iklan
  • Borang B : Borang Permohonan Lesen Tapak Penjaja / Gerai Dalam Kedai / Penjaja / Kereta Tolak / Pasar Malam & Lesen Sementara
  • Borang C : Borang Permohonan Lesen Iklan / Billboard / Unipole / Papan Tanda / Kain Rentang / Banner / Poster
  • Borang D : Borang Permohonan Lesen Hiburan Awam  
 

Kompaun Letak Kereta

Sesiapa yang melanggar sebarang peruntukan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPAG 2007, apabila disabitkan bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 300.

Jika Maklumat ini tidak mencukupi sila hubungi :-

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Sr Rosnani binti Ibrahim
Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta
penilaian@mpag.gov.my

Jabatan Pelesenan
Mohd Fuad bin Musrik 
Pengarah Pelesenan
pelesenan@mpag.gov.my

Jabatan Penguatkuasaan
Radzyma binti Mahat
Pengarah Penguatkuasaan
penguatkuasaan@mpag.gov.my

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),
Lebuh AMJ,
78000 Alor Gajah,
Melaka, Malaysia.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 06-333 3333 | 06-556 1010 | 06-556 2575
FAKS : 06-556 4909
E-MEL : mpag@mpag.gov.my

Paparan Terbaik :  Menggunakan Versi Terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox  / Google Chrome ke atas Dengan Resolusi 1366 x 768 atau peranti responsif.
Penafian : Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Dalam Laman Ini.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Senarai Taman Dan Rumah Awam Di Dalam Daerah Alor Gajah MELAKAPAY

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Kemaskini Terakhir : 15 November 2024 @ 2:15 pm | Jumlah Pelawat : 1186410

Skip to content